Penawar 1001 Penyakit

Berikhtiar Habis-Habisan Sebelum Bertawakal

 IKHTIAR PERUBATAN ALTERNATIF                     

 

 

 

JIKA SAKIT ALLAH SEMBUHKAN
AYAT-AYAT SYIFA' PUN ALLAH SEDIAKAN
SEMUANYA ADA DALAM AL-QURAN
UNTUK SIAPA YANG HENDAK AMALKAN

 

 

 

 

 

RAWATAN MELALUI PINGGAN PUTIH DIHIDUPKAN SEMULA

Kitab  suci  Al-Quran  terkandung   di dalamnya  rahsia   bagi   segala   rahsia  ,   hikmat   bagi segala  hikmat ,  penawar  bagi  segala   penawar   sebagaimana   disebutkan   didalam   surah Al-Israk  ayat  82  yang bermaksud "...dan   kami   turunkan   dari   Al-Quran    itu   sesuatu yang  menjadi  penawar  dan  rahmat  bagi  mereka  yang beriman...".

Sehubungan  itu ,  ayat  suci  Al-Quran terbukti  mampu  menjadi  penawar  dan  penyembuh kepada  pelbagai penyakit.

Kaedah   rawatan   menggunakan   Al-Quran  melalui   pinggan  putih   dapat   menghidupkan kembali  amalan ulamak  silam  dalam usaha  menyembuhkan  pelbagai masalah dan menjadi penawar  kepada pelbagai penyakit zahir dan batin.

Perawatan  melalui  pinggan putih ini dipelopori  tokoh  perubatan  Islam   terkemuka  zaman lampau   seperti   Ibnu  Sina ,   Al-Khindi ,   Al-Razzi ,   Al-Biruni ,  Al-Ghazali  ,  Al-Mawardi , Al-Zahrawi dan Al-Haitham.

Kaedah  rawatan  itu dipercayai  amat  bermanfaat  bagi  merawat  gangguan  emosi ,  mental dan spiritual selain memulihkan tenaga seseorang bagi membantu mencegah penyakit fizikal.

Zafaran  adalah   stigma   yang    dikeringkan   dari   Bunga Zafaran   dan  di sifatkan   sebagai bahan  rempah terbaik , wangi dan paling mahal didunia.

Bahan   digunakan   secara   meluas  diseluruh    dunia ,  terutama  di  Timur  Tengah  sebagai tujuan  melazatkan  makanan  dan   dianggap   bahan  terbaik   untuk  kesihatan , perubatan , alat solek  ,  makan ,  minyak   wangi   dan  bahan   pewarna  sehingga  menjadikan  ia sebagai produk berjenama yang mahal. 

 

Dipetik dari Berita Minggu  ,  Ahad 11 Julai 2004  oleh  Raihanah Abdullah

 

 

 

IP Firefox 3
 
 
 
 
 
This site is best viewed with Firefox , the world best browser. Faster, more secure and fully customizable way to surf the web

Create a free website at Webs.com