Penawar 1001 Penyakit

Berikhtiar Habis-Habisan Sebelum Bertawakal

RAHSIA YANG SATU                                  

AMAR ( ANGIN AHMAR )                              

 

Sebagai    ikhtiar   untuk   menghindar   dari   gangguan   Al-Raihul Al-Ahmar    penyebab    masalah   Angin   Ahmar ,    permasalahan berkaitan   urat   saraf ,   usus ,  penyakit  yang   berkaitan  darah , tulang  dan  otot ,  darah  tinggi ,  kencing   manis ,  lumpuh  ( guna bersama  ZABA dan  ARBEE  )  lenguh-lenguh  sendi ,  sakit  kulit seperti    gatal ,   panau  ,   kurap    serta   melancarkan  perjalanan darah , haid tak menentu dan angin medu.

 

 

 

 

 

 

  • Kandungan 
  • 786 Basmalah ( Bismillahirrahmanirrahim )
  • Doa Angin Ahmar 
  • Kitab-Kitab Rujukan 
  • Al-Quran Al-Karim
  • Shamsul Maarif Al-Kubro oleh Al-Imam Ahmad bin Ali Al-Buni
  • Attadawi Bil A'asyab Wannabataat oleh Abdul Latif Asyur
  • Doa penyembuh penyakit oleh Abu Mazaya Al-Hafiz
  • Cara Penggunaan Produk 
  • Titiskan 7 titik ke dalam satu gelas yang telah berisi air
  • Baca Al-Fatihah (1X) , selawat (3X) dan niat mengikut hajat
  • Minum 5 kali sehari selama 7 hari
  • Boleh dicampurkan kedalam minuman, masakan, disapu pada muka dan kepala atau dibuat mandian
  • Bahagian Badan Yang Terlibat 
  • Sistem salur darah dan urat saraf 
  • Tindakbalas Ke atas Fizikal 
  • Melancarkan  pengaliran darah  dan  membersihkan salur darah dan urat saraf yang tersumbat
  • Membaiki sistem urat saraf yang rosak
  • Menghidupkan kembali sistem saraf yang mati
  • Menguatkan keseluruhan salur darah dan urat saraf 
  • Tindakbalas Kerohanian 
  • Memindahkan alam gelap didalam tubuh kepada alam bercahaya
  • Menghapuskan pengaruh Al-Raihul Al-Ahmar didalam badan
  • Menguatkan zikrullah dalam tubuh badan
 
 

DOA ANGIN AHMAR - ANTARA IKHTIAR DAN TAWAKAL    

Angin  ahmar atau lebih dikenali sebagai ’strok’ merupakan  penyakit pembunuh nombor tiga di dunia  selepas  kanser dan  jantung.  Setiap orang sama ada yang sudah berumur atau yang masih  muda  berisiko  mendapat  penyakit  ini terutama bagi mereka yang gemar mengambil makanan berlemak dan narkotik.

Dalam  ilmu  perubatan moden ,  angin  ahmar  dikatakan  terjadi apabila  pembunuh darah di dalam otak dihalang atau disumbat sama ada separuh atau sepenuhnya oleh darah beku yang terbentuk  pada  mendapan  lemak di dalam dinding pembuluh darah yang mengehadkan dan seterusnya  memutuskan  peredaran  darah ke bahagian otak. Terputusnya pengaliran darah ke bahagian otak mengakibatkan kehilangan fungsi bahagian tubuh yang diatur oleh bahagian otak  yang terkena  angin ahmar.  Biasanya pesakit  angin  ahmar sukar dipulihkan. Sekalipun terdapat  rawatan   sokongan  dan  ubat  tertentu ,  namun  ia  hanyalah  untuk  mengelakkan kerosakan otak yang lebih meluas dan teruk.

Asal  kewujudan  angin  ahmar adalah  makhluk  ALLAH S.W.T. yang dijelmakan sebagai satu lembaga  besar  berapi  dan   MERAH  ( AHMAR )   menyala.   Rupanya  sangat  dahsyat  dan menakutkan.  Pergerakannya   pantas  seperti   angin.  Ia  akan  memasuki   tubuh   manusia , meresap  ke  seluruh  sendi  dan  urat  saraf  lalu  membinasakan anggota badannya.

ALLAH S.W.T.  yang  mencipta  sesuatu  penyakit dan Dia jugalah yang menyembuhkanNya. Sabda  Nabi   Muhammad  S.A.W.   yang   diriwayatkan  oleh   Al-Nasa’i  dan  Al-Hakim  yang bermaksud:

Sesungguhnya  ALLAH  tidak  menurunkan  sesuatu  penyakit  kecuali Dia juga telah menurunkan ubatnya , maka berubatlah kamu "

 

SEJARAH ANGIN AHMAR                              

Nabi Sulaiman a.s. dan Angin Ahmar

Telah  diberitakan ,   pada   suatu  hari  Nabi   Sulaiman   a.s.   sedang   duduk   di  atas  takhta kerajaannya  dihadap  oleh  jin-jin  dan  manusia serta  binatang-binatang. Ketika itu, Baginda sedang   membicarakan  dan   menghukum   sebahagian   daripada    mereka.   Lalu ,  terlintas perasaan ‘ujub ( yakni rasa besar diri )  dan  Baginda  pun  berkata di dalam hatinya, “Adakah sesuatu   makhluk   yang   telah   dijadikan   oleh   ALLAH   S.W.T.   yang   tidak  ditundukkan kepadaku?”

Tiba-tiba  seketika  itu  juga  datanglah  suatu  makhluk ( yang berupa manusia )  yang  besar panjang   badannya   lagi   hebat   dan   dahsyat   rupanya  dengan  keluar  api  bernyala-nyala daripadanya.  Maka   terkejutlah    Nabi    Sulaiman    a.s.    melihat   akan   makhluk   itu   dan menggeletar.  Kemudian  Baginda  pun bertanya , “ Wahai engkau yang besar  berbangsa api , siapakah engkau dan mengapakah engkau datang ke mari? ”

Jawabnya , “ Aku  bernama Al-rih Al-Ahmar iaitu satu penyakit yang amat dahsyat di antara penyakit-penyakit.  ALLAH  S.W.T.  menjadikan  aku  sebegini rupa dan diberiNya aku kuasa mendatangkan  kesakitan  kepada  cucu  Nabi  Adam a.s. dan  Hawa.  Aku dapat meresap dan berjalan  di dalam  tubuh  manusia  sebagaimana  darah dapat mengalir di dalamnya sehingga aku  dapat  meresap ke sendi-sendi  dan urat-uratnya.  Apabila  ALLAH S.W.T. berkehendak memberi  azab  kepada  sesiapa  di antara makhluk ataupun memberi kuasa kepada aku , aku masuk ke dalam tubuhnya.  Jika aku masuk ke dalam  otaknya , maka hilanglah akalnya , dan jika aku masuk menerusi hidungnya nescaya zahirlah aku berupa penyakit bengkak-bengkak dan sembab-sembab seterusnya hingga aku binasakan seluruh anggota badannya.”

Tatkala  Nabi Sulaiman a.s. mendengar akan perkataan lembaga itu, Baginda pun menitahkan orang yang di sekelilingnya supaya membunuh dan membakarnya.

Al-rih  Al-Ahmar  pun  berkata , “ Tidak!  Sekali-kali  tidak  ada  sesiapa  pun  yang ada kuasa untuk  melakukan  yang  sedemikian itu , kerana  ALLAH S.W.T.  telah  menjadikan  aku  dan melanjutkan umurku.”

Kemudian  ia  pun  ghaiblah  dari   pandangan  Nabi  Sulaiman   a.s.  sehingga  ke  zaman  Nabi Muhammad S.A.W.

Manakala  Nabi  Sulaiman   a.s.  insaf  akan  kesan  perasaan  ‘ujubnya ,  lalu  beristighfar  dan bertaubat , walaupun tiada siapa yang tahu akan perasaannya itu.

 

Nabi Muhammad S.A.W. dan Angin Ahmar

Telah diceritakan bahawa Hasan bin ‘Ali ,  cucunda Nabi Muhammad S.A.W. telah menghidap penyakit  rongga  tekak  dan  keluar  darah  daripadanya , lalu  Nabi  Muhammad  S.A.W. dan sahabat-sahabatnya  telah  mendapat   tahu   khabar   itu.  Tiba-tiba  turunlah  Jibril  a.s.  lalu berkata , “ Wahai Rasulullah , sesungguhnya Hasan telah terkena angin.”

Sabda  Nabi Muhammad S.A.W. , “ Wahai  saudaraku Jibri l , adakah ubat baginya? ” Dijawab oleh Jibril , “ Bahkan ada. ”

Sejurus   kemudian  Jibril  pun   ghaib , lalu  kembali  semula  kepada  Rasulullah   S.A.W.  dan berkata , “ Bahawasanya  ALLAH S.W.T.  mengurniakan  kepada  engkau  suatu  hadiah yang mustajab ,  sesiapa   membacanya   walaupun   sekali   seumur   hidupnya   nescaya   dia  akan terselamat daripada Al-rih dan Al-Ahmar. ”

Maka Nabi Muhammad S.A.W. pun membacakan doa ini pada Hasan r.a. Seketika itu juga dia sembuh , lalu bangun dan berdiri dengan cukup sihat.

Nabi   Muhammad   S.A.W.  telah   bersabda  kepada  sahabat-sahabatnya  yang  bermaksud ,

“ Pelajarilah  olehmu akan doa ini  dan  ajarkan  kepada  umatku  supaya  doa  ini  memberi manfaat  kepada  mereka  serta  memelihara  mereka  daripada  ditimpa  bala  ini  ( penyakit angin ahmar ).  Dan  jika seseorang sedang kena angin ini , maka hendaklah  ditulis  doa  ini di atas suatu bekas yang suci kemudian dibasuh dengan air nescaya  sembuhlah  dia dengan amat cepat.

 

 

Maksudnya:

Dengan   nama  Allah  Yang  Maha  Pemurah  lagi  Maha   Penyayang;  dan  dengan-Nya kami memohon   pertolongan;  dan  dengan Allah;  dan  dari Allah;  dan  kepada  Allah; dan segala pujian  tertentu bagi Allah;  dan tiada Tuhan melainkan Allah; dan Allah Maha  Besar, yang Maha Mulia dan  Maha  Agung;  yang  aku  takut  dan  bimbang  terhadap-Nya. Allah Maha Besar dengan  segala kebesaran-Nya; segala  pujian tertentu bagi Allah,  sebanyak-banyak pujian.  Dan  Maha Suci  Allah   pagi-pagi   dan   petang-petang.  Dengan  nama  Allah yang menyembuhkan,  dengan  nama  Allah  yang  mencukupkan;    dan  dengan  nama  Allah  yang menyihatkan;   dengan   nama   Allah   yang   dengan  nama-Nya  tiada   memberi  mudharat sesuatu  apa   jua   di bumi  dan   di atas   langit,   dan   Dia   Maha  Mendengar  lagi Maha Mengetahui. Dan  Kami  turunkan  sesetengah  dari  Al-Quran  yang   menjadi  penawar dan rahmat  untuk orang-orang yang beriman.

Ya Allah , aku yang menjampi dan Engkau yang  menyembuhkan.  Aku berlindung dengan-Mu daripada  kejahatan  yang telah  Engkau  takdirkan. Allah  Maha Besar, Allah  Maha Besar, Allah  Maha  Besar. Aku  berlindung  dengan  Allah, Tuhanku dan Penciptaku, Pembentukku dan  Pencipta Rupabentukku dan  Pemberi Rezeki sekalian manusia. Aku berlindung dengan Allah  daripada sekalian kebinasaan, dan segala maksiat, bala bencana, penyakit dan segala kesakitan, kemalasan, kemunduran dan kebinasaan.

Ya Allah, lindungilah penanggung (pengguna)  suratku ini dengan nama-Mu yang Maha Mulia dan  Maha Agung;  dan  sifat-sifat-Mu yang sempurna,  wahai  Yang Mempunyai Kebesaran dan  Kekayaan. Wahai Tuhan yang memiliki kerajaan dan  alam malakut;  wahai Tuhan  yang memiliki  keagungan dan kegagahan.  Maha Suci Engkau,  alangkah  besarnya  Engkau wahai pencipta segala  langit dan bumi. Wahai Tuhan  tempat  berlindung  mereka  yang menyesal (akan dosa-dosa mereka); wahai Tuhan yang Maha  Pengasih terhadap  orang-orang  miskin; wahai Tuhan pemilik kebesaran dan kekuasaan, wahai Tuhan yang mempunyai belas  kasihan dan memberi kebajikan dan Ihsan;  wahai Tuhan  yang  banyak  kasih  sayang,  wahai Tuhan yang  banyak  memberi;   wahai  Tuhan yang  Maha Gagah dan tiada sesiapapun yang mampu mengalahkan-Nya;  wahai Yang  Melindungi  dan  Dia  tidak  memerlukan  perlindungan, aku berlindung  dengan-Mu  dari  azab  ke atas   badan  dan  kesempitan;  dan  aku  berlindung dengan-Mu  dari  penyakit Angin  Ahmar dan  penyakit  yang  besar  yang menimpa ke atas diri dan roh, darah dan daging, tulang dan kulit, urat dan urat saraf.

Maha  Suci  Engkau;  yang    apabila   Engkau   menghendaki   sesuatu   maka  Engkau hanya mengatakan “Jadilah! Maka jadilah ia”.  Allah  Maha Besar, Allah  Maha Besar, Allah Maha Besar. Wahai Tuhan yang menjadikan;  wahai Tuhan yang  membuat kebajikan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan yang Maha Gagah,  wahai  Tuhan  yang  Maha Adil, wahai   Tuhan   yang  Berdiri  dengan  Keadilan,  wahai  Tuhan   yang   mendengar  tangisan orang-orang yang meminta pertolongan. Wahai Tuhan  yang memulakan ( dari  tiada kepada ada ),  wahai  Tuhan yang  mengembalikan, wahai  Tuhan  yang  menolak,  wahai Tuhan  yang Mencukupkan. Wahai Tuhan  yang  menyembuhkan, wahai Tuhan  yang  meng’afiatkan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan terhadap orang yang memohon pertolongan.

Wahai  uhan  yang   menerima  kesyukuran,   wahai  Tuhan  yang  banyak  memberi balasan atas  kesyukuran. Wahai Tuhan  yang  Maha  Kasih  Sayang, wahai Tuhan yang  Maha Belas Kasihan, wahai Tuhan  yang memberi pertolongan, wahai Tuhan yang  Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang  Maha Gagah, wahai yang  Maha Berkuasa, wahaiTuhan yang Maha Agung, wahai Tuhan yang  mendahulukan, wahai Tuhan yang  mengkemudiankan. Wahai Tuhan yang  hidup, wahai Tuhan yang berdiri dengan sendiri-Nya, yang membalas  mereka  yang  jujur  dengan balasan  ke atas  tiap-tiap  diri   dengan  apa  yang   mereka  usahakan.  Wahai Tuhan yang memerintahku, wahai Tuhanku yang memiliki aku, wahai Tuhan yang memberi perlindungan.

Wahai  yang  Maha  Mengetahui  sesuatu yang kami sembunyikan dan kami dedahkan; wahai Hakim yang menjatuhkan hukuman, wahai Tuhan yang memerintah sekalian orang-orang yang beriman;  wahai  Tuhan  pembantu  orang-orang  yang  dhaif  dan miskin; wahai Tuhan yang Mencukupi keperluan orang-orang yang bertawakkal.

Wahai  Tuhan  yang  mendatangkan  malam ke atas  siang  dan  siang  ke atas  malam;  wahai Tuhan  yang  Gagah (mengalahkan) setiap syaitan  yang  sangat  durhaka, wahai  Tuhan yang mengalahkan setiap orang yang sombong  lagi  degil;  wahai Tuhan sebaik-baik  Pemerintah; wahai  Tuhan  yang  sebaik-baik  memberi  pertolongan, wahai  Tuhan yang memberi rezeki kanak-kanak  yang  kecil,  wahai  Tuhan  yang  Maha  Pengasih  terhadap   orang  tua (yang sangat tua), wahai  Tuhan  yang  memerintah orang-orang  yang beriman;  wahai Tuhan bagi orang-orang  yang  dahulu  dan  orang-orang  yang  kemudian;  wahai Tuhan  yang  pengasih kepada orang-orang yang bertaubat,  wahai  Tuhan yang Maha Pengasih dari kalangan yang mengasihi.  Wahai  Tuhan  sebaik-baik  pengampun  dari   yang  mengampuni;  wahai  Tuhan sebaik-baik pewaris;   wahai   Tuhan    sebaik-baik  Pemberi Keputusan;  wahai Tuhan yang memerintah pada Hari Pembalasan.

Ya  Allah,  hanya  Engkaulah  yang  aku  sembah  dan hanya kepada  Engkaulah aku memohon pertolongan. Dan  kepada-Mu  aku  bertawakkal. Dan  kepada-Mu  aku  gemar dengan  apa yang  ada  di sisi-Mu.  Kepada-Mu  aku berharap  dan hanya  Engkau  yang  aku  takuti. Ya Allah, peliharalah aku dari   segala   kepayahan   hidup   dan  penyakit-penyakit dan segala kesakitaan dan kesusahan dan darah hitam.

Ya  llah, peliharalah  aku  dari  penyakit  yang  merbahaya  dan dari penyakit Angin Ahmar dan  penyakit  darah  kuning, dan  segala  kebinasaan dan  segala  maksiat dan pengsan, dan kerungsingan  dan kesedihan  dan  dukacita  dan  dari di penjara. Ya Allah, peliharalah aku dari   kejahatan   binatang   buas,  dan  binatang   yang   melata,  serta  permusuhan (benci membenci)  orang  awam, dan  dari  kekalahan  dan  kejahatan  syaitan;  dan  raja, kemarau, kemahalan barang keperluan, dan gempabumi, dan bala bencana, dan  keruntuhan  bangunan, dan  serangan  musuh. Ya Allah,  peliharalah  aku dari  kejahatan   orang-orang  yang  jahat dan tipudaya  orang-orang  yang melampau, dan  dari  sesuatu yang  silih  berganti  atasnya oleh  malam  dan  siang  melainkan  yang  datang  itu  adalah dengan baik, wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Aku  berlindung dengan Engkau dari  kejahatan  setiap  kejadian yang  Engkaulah pemegang ubun-ubunnya;  sesungguhnya Tuhanku  di atas jalan  yang  tegak  dan  lurus.   Engkau ialah Tuhanku  dan di atas  Engkau   jua   aku  bertawakkal,  dan Engkaulah  yang  Mencukupkan aku,  dan   sebaik-baik  yang  Mewakili,   sebaik-baik  Pemerintah   dan  sebaik-baik  yang Memberi  Pertolongan.  Dan  tiada  daya upaya  bagiku  melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

Dan   cukuplah  kami  oleh  Allah, dan  sebaik-baik  yang  mewakili  sebagai Pemerintah dan Engkau    sebaik-baik   pemberi   pertolongan.   Allah    yang    mencukupkan,   Allah  yang menyembuhkan,   Allah   yang   memberi   a’fiat.   Dan   ucap   selawat  oleh  Allah  ke atas penghulu  kami  Nabi  Muhammad  dan ke atas  keluarga  dan  sahabat-sahabatnya; selamat sejahtera; dan segala pujian bagi Allah Tuhan Pemerintah Seluruh Alam.

Amin

 

ANGIN AHMAR DAN CARA MERAWATNYA               

BANTUAN KECEMASAN UNTUK PESAKIT ANGIN AHMAR / STROKE


Alat  yang   diperlukan  ialah   jarum   suntikan  ataupun  jarum  jahit  yang  kebiasaanya  ada di rumah.   Ianya   adalah   satu   kaedah   yang   terbukti   berkesan   dengan   izin   Allah  dan merupakan cara  yang  agak  luar biasa  untuk  sembuh  dari penyakit ANGIN AHMAR  yang boleh membawa kepada lumpuh jika tidak dirawat dengan segera.

Risalah  ini  diterjemah dari risalah asal berbahasa Inggeris. Bacalah untuk pengetahuan anda dan mungkin ianya berguna jika ditakdirkan ada antara  ahli keluarga , jiran dan rakan-rakan anda terkena penyakit ini suatu hari nanti.  Ianya amat menakjubkan jika berhasil. Luangkan masa anda untuk membacanya dengan teliti dan simpan risalah ini sebab mungkin ada nyawa seseorang yang boleh diselamatkan dengan izin Allah melalui tip-tip yang akan dibincangkan.

Sila  baca  dan  sampaikan  kepada  saudara-mara  serta  rakan-rakan   anda.  Semoga buletin seumpama ini boleh membantu anda melakukannya sendiri. 
Apabila   serangan ANGIN AHMAR  mengenai  seseorang ,  kapilari darah di dalam otaknya menghadapi risiko untuk pecah.

Bila  anda  berhadapan  dengan   seseorang   yang   baru  terkena
ANGIN AHMAR  dan  tidak sedarkan diri apa yang anda perlu buat adalah :


1.  Anda  jangan  panik dan bawa bertenang. Tidak kira di mana sahaja mangsa itu berada
2.  Jangan  alihkan   mangsa  ke tempat  lain  kerana  pergerakan  pada  ketika  itu boleh menyebabkan  kapilari darah di otak mangsa terus pecah.
3.  Bantu  mangsa  untuk duduk dan sokong badannya supaya tidak terjatuh.  Jika mangsa terjatuh semula , keadaan mungkin akan bertambah buruk.
4.  Jika  di rumah  anda  ada jarum suntikan (alat yang terbaik) , jarum jahit atau pin baju  yang  tidak  berkarat ,  segera  panaskan  dengan  api  untuk  disterilkan. Kemudian  dengan  berhati-hati  cucuk  kesemua  hujung  jari-jari  tangan mangsa kira-kira   1mm   dalamnya ,    seperti    rawatan  akupuntur.   Cucuklah   sehingga menitiskan  darah.  Jika  perlu  picitlah  jari-jarinya sehingga mengeluarkan darah. Apabila  kesemua  10  jari   mengeluarkan   setitis  darah , tunggu  beberapa  minit sehingga mangsa sedar semula.
5.  Jika  berlaku  perubahan  bentuk mulut , tarik telinganya sehingga kemerahan. Kemudian  cucuk kedua belah telinga dengan jarum sehingga mengeluarkan 2 titis darah. Beberapa minit kemudian Insya Allah , mangsa akan sedar semula.
6. Tunggu sehingga mangsa benar-benar sedar kemudian bawa dia ke hospital.

Memanggil   ambulan   semasa   mangsa   pengsan   dan   mengejarkannya  ke hospital  secara tergesa-gesa    sebenarnya    boleh  menyebabkan   kapilari darah di otak mangsa pecah dan berlaku pendarahan.  Sukar   untuk   mangsa   dipulihkan  apabila  keadaan  ini  berlaku.  Ada kemungkinan  daya  ingatan  mangsa  akan  hilang sepenuhnya walaupun dia mampu berjalan semula.

Penyakit ANGIN AHMAR  ini  ada kemungkinan untuk mengenai sesiapa sahaja.  Jika semua di antara  kita boleh mengingati kaedah penitisan darah ini dan memulakannya segera, dalam jangka  masa  pendek ,  mangsa-mangsa   boleh  kita  selamatkan  dengan  izin  Allah  dan  ada harapan pulih seperti sediakala.

 

Diharapkan   kaedah   bantuan  kecemasan  mangsa  ANGIN AHMAR  ini  dapat  dihebahkan supaya penyakit ini tidak tersenarai sebagai penyebab utama kematian di kalangan kita.

 

 

 

... Allah s.w.t turunkan Ubat Dulu Kemudian Baru Turunkan Penyakit. Sebab Itu setiap Penyakit Ada Ubatnya Kecuali Maut Dan Setiap Yang Bernyawa Pasti Akan Menghadapi Maut ...

 

 

Create a free website at Webs.com