KAEDAH RAWATAN AIR PENAWAR ANNUSYRAH secara perlaksanaanya pada tahap awalan bertujuan untuk membuang atau menghalau segala bentuk gangguan dari makhluk halus yang berniat jahat seperti JIN , IBLIS dan SYAITAN yang menghuni di dalam tubuh seseorang. Selagi ada gangguan inilah maka JIWA , EMOSI dan PERASAAN kita akan sentiasa terganggu.
InsyaAllah , RAWATAN 21 HARI yang bertujuan sebagai IKHTIAR PEMBERSIHAN DAN PENYUCIAN DIRI diharapkan dapat mengatasi masalah gangguan ini yang seterusnya menimbulkan tindakbalas kerohanian seperti ketenangan pada hati , menguatkan Zikrullah dalam tubuh badan , memulih dan menguatkan semangat , memudahkan doa dimakbulkan oleh Allah s.w.t dan seterusnya menawarkan dan memulihkan segala macam penyakit , rohani dan jasmani , zahir dan batin.
Bagi mendapatkan kesan terbaik , pengamal Air Penawar Annusyrah digalakkan menggunakan Cara Rawatan 21 Hari
Cara Penggunaan Produk
- Titiskan 7 titik ke dalam satu gelas yang telah berisi air
- Istighfar (3X) , Al-Fatihah (1X) dan selawat (3X)
- Niat ( berdoa ) mengikut hajat
Selepas tamat RAWATAN 21 HARI , amalkan mana-mana produk yang sesuai dengan kesihatan diri. Sila ambil perhatian kepada perubahan terhadap diri.
Amalkan meminum 30JQ dan I-DROP atau 30JQ dan AMAR atau ZABA dan AMAR setiap hari 2 kali sehari ( subuh dan maghrib ) sebagai rawatan pencegahan
Gunakan mengikut keperluan dan hajat anda bila-bila masa
Boleh dicampurkan semua sekali Air Penawar Annusyrah ini ke dalam satu campuran atau bekas ( jika perlu ) .
MINUMMANDI
- Minum sebanyak mungkin dalam sehari
- Semasa minum bayangkan Air berkenaan masuk kedalam saluran darah kita dan menendang keluar semua kuman atau bendasing melalui proses perpeluhan , buang air kecil dan besar.
- Boleh dikongsi penggunaannya. Contohnya : nasi , gulai atau kuih yang dimasak menggunakan Air Annusyrah boleh dinikmati bersama seisi keluarga.
- Mandi sekurang-kurangnya sekali sehari pada waktu petang sebelum azan Maghrib
- Masukkan Air Annusyrah kedalam gayung mandian yang terakhir dan jirus air berkenaan diatas kepala dan pastikan air rata ke seluruh badan
- Selepas mandi badan tak perlu dilap. Biarkan air kering di badan
Sebelum menggunakan Air Penawar Annusyrah , kaedahnya sama sahaja seperti sebelum minum , mandi , merenjis atau sebelum mencampurkan ke dalam makanan , minuman dan sebagainya.
- Baca Al-Fatihah ( 1X )
- Selawat Nabi ( 3X )
- Lafazkan niat atau hajat secara jelas dan penuh pengharapan
- Yakinkan 100% hajat dimakbulkan dengan membayangkan bahawa kita sudah sihat sepertimana yang diharapkan
- Gambarkan atau fokus sebarang hajat dan keadaan yang diinginkan
PERHATIAN !!!
Bagi anak-anak atau orang tua yang uzur yang tidak mampu melakukannya sendiri , orang dewasa yang sihat boleh tolong memandikan mereka dengan niat kepada Allah s.w.t untuk menyembuhkan penyakit mereka.
Kadar kuantiti air yang hendak dicampur dengan produk Annusyrah terpulanglah kepada keyakinan dan kemampuan sendiri. Perlu diingat bahawa yang menyembuhkan penyakit ialah Allah s.w.t. Kita cuma berikhtiar dan bertawakal dengan penuh keimanan.
BOTOL 500 ML
- Minum sebanyak yang boleh dalam 1 hari selama 7 hari berturut-turut seolah-olah Air Annusyrah sahaja yang berada dalam urat saraf badan kita.
- Selain diminum , hendaklah digunakan untuk dicampurkan ke dalam makanan, minuman, disapu, direnjis pada pakaian , tempat tidur , dalam rumah , keliling rumah dan sebagainya.
- Renjisan mestilah dilakukan mengikut arah lawan jarum jam atau seperti tawaf di Kaabah.
- Kalau tidak mampu menggunakan Air Annusyrah sahaja 100% maka bolehlah dibanyakkan dengan mencampurkan dengan air biasa - kadar campuran terpulang samada
- 1 botol air Annusyrah bagi 1 jag air biasa
- 1 botol air Annusyrah bagi 10 jag air biasa
DROP ( TITIK ) 50ML
- Sekurang-kurangnya 21 titis bagi sekali penggunaan samada bagi 1 cawan , 1 gelas atau 1 jug
Air Annusyrah hendaklah dituang ( bagi produk 500 ml ) atau dititiskan ( bagi produk 50 ml ) kedalam air biasa yang telah disediakan samada dalam gelas , jug dan sebagainya - Air Annusyrah menimpa BUKANNYA ditimpa.
Air Annusyrah dianggap lebih mulia. Oleh itu dari segi adab perlulah ianya dilapisan atas.
Kekerapan penggunaan dalam sehari bergantung kepada pengguna. Tidak ada kesan sampingan kerana tiada sebarang bahan kimia dimasukkan kedalam Air Annusyrah.
Air Annusyrah boleh diminum oleh sesiapa sahaja tanpa mengira umur samada yang sakit atau sihat.
Air Annusyrah juga sesuai diamalkan bagi mereka yang sihat untuk tujuan perlindungan awal bagi mengelakkan gangguan makhluk halus , serangan penyakit dan sebagainya.
Create a free website at Webs.com